Posts

Showing posts from February, 2010

Akhirnya Dihati-Ep.2(Bayangan)

Aircond yang dipasang langsung tidak membantu menyurutkan suhu badannya. Dia menggelesat. Apa yang dilakukannya sejak kejadian itu tiada satu pun yang dirasakan sempurna. Dia berkalih ke kiri dan kanan. Berselerak katilnya apabila dia tidak berhenti bergolek. Hatinya jadi tak tentu arah. Rasa bersalah dan egonya sedang berlawan. Dia resah. "Kenapa dengan aku ni?" Azraai berbicara sendiri. Dia mula merasakan hidupnya mula terganggu. Wajah gadis yang dibuli tempoh hari terbayang-bayang di ruang matanya. 'Kau sukakan dia...' tiba-tiba suara hatinya bergema. "Mana ada. Tak kan mungkin aku boleh suka dengan budak perempuan segarang dia tu!" lawannya. 'Habis tu,kenapa kau asyik teringatkan dia?' tanya hatinya. "Rasa bersalah je tu. Tapi memeng patut pun perempuan macam dia tu kena macam tu." Azraai cuba menyedapkan hatinya. 'Hahaha.. Kau rasa macam tu ke? Kau tak fikir macam mana pulak dia fikir pasal kau setelah apa yang kau ...

Akhirnya Dihati-Ep.1(Bertemu Dia)

"Aaah! Aduh! Apa ni cium-cium orang hah? Dah gatal sangat ke?!" lantang Ain Aryssa bersuara marah apabila tiba-tiba dia merasa dahinya panas dan melekap kuat dengan bibir pelajar lelaki di hadapannya. Pelanggaran antara mereka menarik perhatian pelajar-pelajar yang berada di situ. Hampir semua mata yang berada di kantin tersebut memandang ke arahnya sambil tersenyum-senyum. Pipinya mula terasa panas kerana malu. "Eh! Boleh sopan sikit tak wahai cik adik? Bukan aku sengaja pun. Kau tu berjalan tak pandang depan kenapa? Gelojoh betul." balas pelajar lelaki tersebut dengan nada suara paling sopan. Berdesing juga telinganya mendengar kata-kata pelajar perempuan di hadapannya itu tadi. "Hey! Aku punya suka lah jalan nak pandang mana pun. Apa kau nak sibuk? Aku nak kau minta maaf dengan aku sekarang jugak." air muka Ain berubah menjadi garang dan dia mula bercekak pinggang. Dia tegas dengan keputusannya. 'Ganasnya budak perempuan ni...