Akhirnya Dihati Ep.4(Bala Dah Sampai!)
"Danga Bay! Yes! Yes!" Ain melompat kegembiraan bila mendengar cadangan abahnya untuk membawanya berjoging di kawasan tepi laut tersebut. Ain tidak tahu kenapa dia amat menggemari pemandangan laut sejak kecil lagi. Tanpa berlengah lagi, Ain terus berlari ke biliknya dan bersiap secepat mungkin. "Hello! Weh! Jom join aku pergi joging kt Danga? Aku ambik kau kat rumah.. Eh, bukan-bukan! Bapak aku yang drive gi rumah kau,ambik kau. Haha.." Ain sempat memanggil Ainina menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson kesayangannya. " Okay-okay! Dah sampai depan rumah aku,macam biasa lah ye? Roger-roger. " Ain terus memutuskan talian sebaik sahaja Ainina menyatakan persetujuannya. Setelah selesai bersiap, mereka sekeluarga terus bergerak ke tempat yang dituju. "Macam mana nak lari kalau macam ni punya penuh?" Ainina bertanya sambil menggaru kepala. "Hish kau ni! Belum apa-apa dah buat muka kusut. Kau nampak tak taman permainan kat hujung sana tu...