CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

02 April 2011

Akhirnya Dihati Ep.4(Bala Dah Sampai!)

"Danga Bay! Yes! Yes!" Ain melompat kegembiraan bila mendengar cadangan abahnya untuk membawanya berjoging di kawasan tepi laut tersebut. Ain tidak tahu kenapa dia amat menggemari pemandangan laut sejak kecil lagi. Tanpa berlengah lagi, Ain terus berlari ke biliknya dan bersiap secepat mungkin.

"Hello! Weh! Jom join aku pergi joging kt Danga? Aku ambik kau kat rumah.. Eh, bukan-bukan! Bapak aku yang drive gi rumah kau,ambik kau. Haha.." Ain sempat memanggil Ainina menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson kesayangannya.

"Okay-okay! Dah sampai depan rumah aku,macam biasa lah ye? Roger-roger." Ain terus memutuskan talian sebaik sahaja Ainina menyatakan persetujuannya. Setelah selesai bersiap, mereka sekeluarga terus bergerak ke tempat yang dituju.



"Macam mana nak lari kalau macam ni punya penuh?" Ainina bertanya sambil menggaru kepala.

"Hish kau ni! Belum apa-apa dah buat muka kusut. Kau nampak tak taman permainan kat hujung sana tu?" jari telunjuk Ain menunjuk ke arah yang dimaksudkan. Ainina mula mengangguk apabila menangkap tempat yang dimaksudkan oleh temannya itu.

"Kita lari dari sana,sampai lah hujung Danga Bay ni? Amacam?" cadang Ain.

"Alahh... Jauhnya! Penatlah nanti." Hah! Sampai dah perangai dia. Belum lari lagi dah kata penat. Drama! Drama! Drama! Malas lah tu...

"Dah! Dah! Jangan nak buat cerita tipu. Jom? Mak abah kalau rajin nak lari sama-sama, jom? Kalau rasa tak larat, abah gi dating lah kat area ni. Hehe." Nakal tak habis Ain ni! Abah dan mak hanya menggelengkan kepala melihat telatah anaknya.

07 March 2010

Akhirnya Dihati Ep.3 (Geng Geniuz)

Pagi Isnin itu indah seperti biasa. Pelajar-pelajar SMK Mohd Khalid Johor Bahru sudah mula berkumpul di dalam dewan Ibnu Khaldun untuk turut serta dalam perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap minggu. Sementara menunggu guru-guru masuk ke dalam dewan dan perhimpunan dimulakan, pelajar-pelajar sibuk melakukan hal masing-masing. Pelbagai ragam yang boleh dilihat. Ada yang sedang membaca buku, berjalan, berkejaran dan bercerita sesama rakan. Riuh rendah seluruh dewan dibuatnya. Termasuklah Ain dan rakan-rakannya yang sedang rancak bercerita sambil bergelak ketawa.

"Hah! Camne rasa dapat free kiss dari mamat hensem hari Jumaat lepas? Seronok tak?" Siti Nor Ainina,salah seorang teman rapat Ain bertanya sambil ketawa.

"Banyak kau punya seronok! Sakit hati adalah! Lagi-lagi bila tengok muka dia. Rasa cam nak lempang je muka dia. Bukannya reti nak minta maaf." Ain melepaskan segala kemarahannya. Geram!!

"Ish kau ni! Dia tu sikit punya handsome pun kau sampai hati nak lempang? Kalau aku la, confirm aku da belai-belai muka dia. Oh! Best nya...." Syaza melontarkan pandangan hampehnya dengan penuh perasaan. Raja Syaza Farhanah, pelajar perempuan yang comel dan memiliki darah keturunan Diraja Negeri Sembilan. Ramai peminatnya!!

"Eee.. Tolonglah! Jangan harap okay? Aku rasa, tu lah hari paling sway dalam hidup aku. Aku amat-amat berharap tak kan jumpa mamat tu lagi. Amit-amit! Sengal! Kalau korang nak sangat, pergilah kejar dia. Cakap dengan dia yang korang ni fans no 1 dia. Jangan lupa ambil sekali borang pemohonan couple pada dia ek? Maklumlah... Orang handsome. Mestilah kena tempah dulu kan? Luerkk!" Ain menjelirkan lidah tanda sakit hati mendengar semua pujian melangit untuk lelaki bernama Ahmad Zakry Azraai.

"Wei! Rileks la member. Kitaorang gurau je kot tadi. Janganlah emosional sangat. Kau ni, macam tak kenal pulak dengan member-member kau ni. Eh, kejap-kejap! Sejak bila pulak Ain yang happy-go-lucky ni jadi sensitif ek?" Lita meluahkan kekeliruannya. Lita atau nama asalnya Norlita Adiana adalah pelajar tingkatan 3 Pearl merangkap classmate dan geng Ain. Pengawas yang sungguh tak berdedikasi. Pelajar buat kesalahan depan mata pun,dia buat bodoh je. Katanya, "Biarlah diorang. Yang penting tak susahkan aku."

"Amboi-amboi. Banyak soal pulak die ek? Nanti dengan korang sekali aku hangin, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Asyik menangkan mamat tu je. Tension aku!" Ain mula panas..

' Makin lama makin rancak pulak diorang ni bercerita pasal si Azraai sengal tu!" hatinya mengomel sendiri.

"Okay-okay. Kitaorang minta maaf ye? Please wahai Tuan Puteri Ain Aryssa. Janganlah marah-marah. Nanti cepat tua. Eh! Kau ni datang bulan ea? Tiba-tiba je hangin?" Ainina memohon maaf bagi pihak teman-temannya yang lain dan kemudian melontarkan soalan yang menyebabkan secara tiba-tiba suhu badan Ain naik mendadak dan bertambah sebal. Namun, tidak sempat Ain mahu membuat serangan balas, secara tiba-tiba dia dirempuh oleh seorang pelajar perempuan yang sedang seronok berkejaran. Dia tidak sempat mengelak. Buku nota kecil di tangannya terpelanting jauh dan...



"Oh Azraai sayang!" Ain melatah kuat. Teman-temannya mula menghidupkan enjin ketawa mereka. Akhirnya mereka ketawa berdekah-dekah.



"Ohh.. Azraai rupanya nama budak tu.. Pandai betul kau cuba nak simpan rahsia ek? Tak dapat la weh! Kantoi! Hehe..." Syaza mengenakan Ain yang masih terkulat-kulat hendak mengutip buku kepunyaannya yang berada di tengah-tengah kesesakan pelajar-pelajar sekolah tersebut.

"Dah lah korang! Malas aku nak layan korang merepek.. Baik aku pergi beratur lagi bagus. Huh!" Ain terus menghadap ke hadapan dan mula mengikut barisan kelasnya.

"Hoi cik adik! Marah ke? Bengang la tu.." Ainina memerli gadis itu.

"Diamlah!" balas Ain geram. Rakan-rakan yang lain sudah mula bantai gelak sakan. Bergenang air mata mereka akibat terlalu banyak ketawa. Sewaktu mereka sedang 'high' ketawa, guru-guru dan pengetua mula masuk ke dalam dewan. Pandangan tajam pengetua ke arah mereka bertiga membuatkan wajah mereka terus berubah serius. Sah! Rehat ni tengok la notice board. Confirm nama mereka ada dalam senarai pelajar wanted pengetua. Mulalah kecut perut. Rasakan!

07 February 2010

Akhirnya Dihati-Ep.2(Bayangan)

Aircond yang dipasang langsung tidak membantu menyurutkan suhu badannya. Dia menggelesat. Apa yang dilakukannya sejak kejadian itu tiada satu pun yang dirasakan sempurna. Dia berkalih ke kiri dan kanan. Berselerak katilnya apabila dia tidak berhenti bergolek. Hatinya jadi tak tentu arah. Rasa bersalah dan egonya sedang berlawan. Dia resah.

"Kenapa dengan aku ni?" Azraai berbicara sendiri. Dia mula merasakan hidupnya mula terganggu. Wajah gadis yang dibuli tempoh hari terbayang-bayang di ruang matanya.

'Kau sukakan dia...' tiba-tiba suara hatinya bergema.

"Mana ada. Tak kan mungkin aku boleh suka dengan budak perempuan segarang dia tu!" lawannya.

'Habis tu,kenapa kau asyik teringatkan dia?' tanya hatinya.

"Rasa bersalah je tu. Tapi memeng patut pun perempuan macam dia tu kena macam tu." Azraai cuba menyedapkan hatinya.

'Hahaha.. Kau rasa macam tu ke? Kau tak fikir macam mana pulak dia fikir pasal kau setelah apa yang kau buat pada dia di depan orang ramai?'

"Entahlah..." Azraai mengeluh sendiri.

'Kau dah sangkut dengan dia?' soalan yang timbul dibenaknya membuatkannya semakin gelisah. Azraai bukanlah lelaki yang mudah untuk jatuh cinta. Padanya,wanita itu hanya barang mainan dalam hidupnya. Dan perkataan cinta sejati itu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Jadi,tak mungkin dia boleh suka. Apatah lagi jatuh cinta. Memang tak mungkin!

"Tak! She's not my type. I will never fall in love with her. Trust me!" Azraai membantah sekeras-kerasnya. Dia mula keliru dan benci dengan keadaan dirinya sekarang.

'Boleh ke percaya? Hahaha..' ejekan hatinya menambah lagi resah. Sebiji bantal dicapai dan dia memekup kepalanya. Dia tidak mahu lagi mendengar pelbagai persoalan yang akan menyebabkannya berubah pendirian. Hatinya yakin,itu hanya mainan perasaan semata-mata. Akhirnya dia menjerit sekuat hati melepaskan geram di benaknya.

"Ai? Kenapa jerit-jerit tu? Ai okay ke?" suara lantang Hamidah kedengaran dari luar bilik. Pintu diketuk bertalu-talu. Azraai tersedar dari dunianya.

"Ye,mama! Ai okay je. Tak ada apa yang berlaku pun. Mama jangan risau ye?" jeritnya pula.

"Baguslah kalau tak ada apa-apa. Ai dah solat Asar belum?"

'Erk! Macam mana aku boleh lupa nak solat ni? Patutlah aku tak tenang je dari tadi.' bicaranya dalam hati.

"Azraai? Dengar tak mama tanya ni? Buat apa je kat dalam tu?"

"Belum lagi, ma. Ai lupa tadi. Ai nak pergi solatlah ni."

"Cepat sikit. Dah pukul berapa ni tak solat lagi?" Mamanya memberi amaran.

"Okay-okay. Ai solat." jawab Azraai. Dia bangkit dari katil dan menuju ke bilik air yang tersedia di dalam biliknya. Dia mencapai sejadah dan songkok di dalam almari pakaiannya setelah mengambil wudhuk. Azraai terus menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam. Hamidah hanya mampu menggelengkan kepalanya memikirkan perangai anak terunanya yang masih tidak berubah.

"Minta-mintalah dia dapat isteri yang boleh jadi jam loceng solatnya nanti." doa Hamidah sendiri. Dia lantas turun ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk mereka.