Akhirnya Dihati Ep.3 (Geng Geniuz)
Pagi Isnin itu indah seperti biasa. Pelajar-pelajar SMK Mohd Khalid Johor Bahru sudah mula berkumpul di dalam dewan Ibnu Khaldun untuk turut serta dalam perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap minggu. Sementara menunggu guru-guru masuk ke dalam dewan dan perhimpunan dimulakan, pelajar-pelajar sibuk melakukan hal masing-masing. Pelbagai ragam yang boleh dilihat. Ada yang sedang membaca buku, berjalan, berkejaran dan bercerita sesama rakan. Riuh rendah seluruh dewan dibuatnya. Termasuklah Ain dan rakan-rakannya yang sedang rancak bercerita sambil bergelak ketawa. "Hah! Camne rasa dapat free kiss dari mamat hensem hari Jumaat lepas? Seronok tak?" Siti Nor Ainina,salah seorang teman rapat Ain bertanya sambil ketawa. "Banyak kau punya seronok! Sakit hati adalah! Lagi-lagi bila tengok muka dia. Rasa cam nak lempang je muka dia. Bukannya reti nak minta maaf." Ain melepaskan segala kemarahannya. Geram!! "Ish kau ni! Dia tu sikit punya handsome pun kau sampai hati ...