CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

07 February 2010

Akhirnya Dihati-Ep.2(Bayangan)

Aircond yang dipasang langsung tidak membantu menyurutkan suhu badannya. Dia menggelesat. Apa yang dilakukannya sejak kejadian itu tiada satu pun yang dirasakan sempurna. Dia berkalih ke kiri dan kanan. Berselerak katilnya apabila dia tidak berhenti bergolek. Hatinya jadi tak tentu arah. Rasa bersalah dan egonya sedang berlawan. Dia resah.

"Kenapa dengan aku ni?" Azraai berbicara sendiri. Dia mula merasakan hidupnya mula terganggu. Wajah gadis yang dibuli tempoh hari terbayang-bayang di ruang matanya.

'Kau sukakan dia...' tiba-tiba suara hatinya bergema.

"Mana ada. Tak kan mungkin aku boleh suka dengan budak perempuan segarang dia tu!" lawannya.

'Habis tu,kenapa kau asyik teringatkan dia?' tanya hatinya.

"Rasa bersalah je tu. Tapi memeng patut pun perempuan macam dia tu kena macam tu." Azraai cuba menyedapkan hatinya.

'Hahaha.. Kau rasa macam tu ke? Kau tak fikir macam mana pulak dia fikir pasal kau setelah apa yang kau buat pada dia di depan orang ramai?'

"Entahlah..." Azraai mengeluh sendiri.

'Kau dah sangkut dengan dia?' soalan yang timbul dibenaknya membuatkannya semakin gelisah. Azraai bukanlah lelaki yang mudah untuk jatuh cinta. Padanya,wanita itu hanya barang mainan dalam hidupnya. Dan perkataan cinta sejati itu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Jadi,tak mungkin dia boleh suka. Apatah lagi jatuh cinta. Memang tak mungkin!

"Tak! She's not my type. I will never fall in love with her. Trust me!" Azraai membantah sekeras-kerasnya. Dia mula keliru dan benci dengan keadaan dirinya sekarang.

'Boleh ke percaya? Hahaha..' ejekan hatinya menambah lagi resah. Sebiji bantal dicapai dan dia memekup kepalanya. Dia tidak mahu lagi mendengar pelbagai persoalan yang akan menyebabkannya berubah pendirian. Hatinya yakin,itu hanya mainan perasaan semata-mata. Akhirnya dia menjerit sekuat hati melepaskan geram di benaknya.

"Ai? Kenapa jerit-jerit tu? Ai okay ke?" suara lantang Hamidah kedengaran dari luar bilik. Pintu diketuk bertalu-talu. Azraai tersedar dari dunianya.

"Ye,mama! Ai okay je. Tak ada apa yang berlaku pun. Mama jangan risau ye?" jeritnya pula.

"Baguslah kalau tak ada apa-apa. Ai dah solat Asar belum?"

'Erk! Macam mana aku boleh lupa nak solat ni? Patutlah aku tak tenang je dari tadi.' bicaranya dalam hati.

"Azraai? Dengar tak mama tanya ni? Buat apa je kat dalam tu?"

"Belum lagi, ma. Ai lupa tadi. Ai nak pergi solatlah ni."

"Cepat sikit. Dah pukul berapa ni tak solat lagi?" Mamanya memberi amaran.

"Okay-okay. Ai solat." jawab Azraai. Dia bangkit dari katil dan menuju ke bilik air yang tersedia di dalam biliknya. Dia mencapai sejadah dan songkok di dalam almari pakaiannya setelah mengambil wudhuk. Azraai terus menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam. Hamidah hanya mampu menggelengkan kepalanya memikirkan perangai anak terunanya yang masih tidak berubah.

"Minta-mintalah dia dapat isteri yang boleh jadi jam loceng solatnya nanti." doa Hamidah sendiri. Dia lantas turun ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk mereka.


0 comments: