CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

07 March 2010

Akhirnya Dihati Ep.3 (Geng Geniuz)

Pagi Isnin itu indah seperti biasa. Pelajar-pelajar SMK Mohd Khalid Johor Bahru sudah mula berkumpul di dalam dewan Ibnu Khaldun untuk turut serta dalam perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap minggu. Sementara menunggu guru-guru masuk ke dalam dewan dan perhimpunan dimulakan, pelajar-pelajar sibuk melakukan hal masing-masing. Pelbagai ragam yang boleh dilihat. Ada yang sedang membaca buku, berjalan, berkejaran dan bercerita sesama rakan. Riuh rendah seluruh dewan dibuatnya. Termasuklah Ain dan rakan-rakannya yang sedang rancak bercerita sambil bergelak ketawa.

"Hah! Camne rasa dapat free kiss dari mamat hensem hari Jumaat lepas? Seronok tak?" Siti Nor Ainina,salah seorang teman rapat Ain bertanya sambil ketawa.

"Banyak kau punya seronok! Sakit hati adalah! Lagi-lagi bila tengok muka dia. Rasa cam nak lempang je muka dia. Bukannya reti nak minta maaf." Ain melepaskan segala kemarahannya. Geram!!

"Ish kau ni! Dia tu sikit punya handsome pun kau sampai hati nak lempang? Kalau aku la, confirm aku da belai-belai muka dia. Oh! Best nya...." Syaza melontarkan pandangan hampehnya dengan penuh perasaan. Raja Syaza Farhanah, pelajar perempuan yang comel dan memiliki darah keturunan Diraja Negeri Sembilan. Ramai peminatnya!!

"Eee.. Tolonglah! Jangan harap okay? Aku rasa, tu lah hari paling sway dalam hidup aku. Aku amat-amat berharap tak kan jumpa mamat tu lagi. Amit-amit! Sengal! Kalau korang nak sangat, pergilah kejar dia. Cakap dengan dia yang korang ni fans no 1 dia. Jangan lupa ambil sekali borang pemohonan couple pada dia ek? Maklumlah... Orang handsome. Mestilah kena tempah dulu kan? Luerkk!" Ain menjelirkan lidah tanda sakit hati mendengar semua pujian melangit untuk lelaki bernama Ahmad Zakry Azraai.

"Wei! Rileks la member. Kitaorang gurau je kot tadi. Janganlah emosional sangat. Kau ni, macam tak kenal pulak dengan member-member kau ni. Eh, kejap-kejap! Sejak bila pulak Ain yang happy-go-lucky ni jadi sensitif ek?" Lita meluahkan kekeliruannya. Lita atau nama asalnya Norlita Adiana adalah pelajar tingkatan 3 Pearl merangkap classmate dan geng Ain. Pengawas yang sungguh tak berdedikasi. Pelajar buat kesalahan depan mata pun,dia buat bodoh je. Katanya, "Biarlah diorang. Yang penting tak susahkan aku."

"Amboi-amboi. Banyak soal pulak die ek? Nanti dengan korang sekali aku hangin, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Asyik menangkan mamat tu je. Tension aku!" Ain mula panas..

' Makin lama makin rancak pulak diorang ni bercerita pasal si Azraai sengal tu!" hatinya mengomel sendiri.

"Okay-okay. Kitaorang minta maaf ye? Please wahai Tuan Puteri Ain Aryssa. Janganlah marah-marah. Nanti cepat tua. Eh! Kau ni datang bulan ea? Tiba-tiba je hangin?" Ainina memohon maaf bagi pihak teman-temannya yang lain dan kemudian melontarkan soalan yang menyebabkan secara tiba-tiba suhu badan Ain naik mendadak dan bertambah sebal. Namun, tidak sempat Ain mahu membuat serangan balas, secara tiba-tiba dia dirempuh oleh seorang pelajar perempuan yang sedang seronok berkejaran. Dia tidak sempat mengelak. Buku nota kecil di tangannya terpelanting jauh dan...



"Oh Azraai sayang!" Ain melatah kuat. Teman-temannya mula menghidupkan enjin ketawa mereka. Akhirnya mereka ketawa berdekah-dekah.



"Ohh.. Azraai rupanya nama budak tu.. Pandai betul kau cuba nak simpan rahsia ek? Tak dapat la weh! Kantoi! Hehe..." Syaza mengenakan Ain yang masih terkulat-kulat hendak mengutip buku kepunyaannya yang berada di tengah-tengah kesesakan pelajar-pelajar sekolah tersebut.

"Dah lah korang! Malas aku nak layan korang merepek.. Baik aku pergi beratur lagi bagus. Huh!" Ain terus menghadap ke hadapan dan mula mengikut barisan kelasnya.

"Hoi cik adik! Marah ke? Bengang la tu.." Ainina memerli gadis itu.

"Diamlah!" balas Ain geram. Rakan-rakan yang lain sudah mula bantai gelak sakan. Bergenang air mata mereka akibat terlalu banyak ketawa. Sewaktu mereka sedang 'high' ketawa, guru-guru dan pengetua mula masuk ke dalam dewan. Pandangan tajam pengetua ke arah mereka bertiga membuatkan wajah mereka terus berubah serius. Sah! Rehat ni tengok la notice board. Confirm nama mereka ada dalam senarai pelajar wanted pengetua. Mulalah kecut perut. Rasakan!

0 comments: