CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

02 April 2011

Akhirnya Dihati Ep.4(Bala Dah Sampai!)

"Danga Bay! Yes! Yes!" Ain melompat kegembiraan bila mendengar cadangan abahnya untuk membawanya berjoging di kawasan tepi laut tersebut. Ain tidak tahu kenapa dia amat menggemari pemandangan laut sejak kecil lagi. Tanpa berlengah lagi, Ain terus berlari ke biliknya dan bersiap secepat mungkin.

"Hello! Weh! Jom join aku pergi joging kt Danga? Aku ambik kau kat rumah.. Eh, bukan-bukan! Bapak aku yang drive gi rumah kau,ambik kau. Haha.." Ain sempat memanggil Ainina menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson kesayangannya.

"Okay-okay! Dah sampai depan rumah aku,macam biasa lah ye? Roger-roger." Ain terus memutuskan talian sebaik sahaja Ainina menyatakan persetujuannya. Setelah selesai bersiap, mereka sekeluarga terus bergerak ke tempat yang dituju.



"Macam mana nak lari kalau macam ni punya penuh?" Ainina bertanya sambil menggaru kepala.

"Hish kau ni! Belum apa-apa dah buat muka kusut. Kau nampak tak taman permainan kat hujung sana tu?" jari telunjuk Ain menunjuk ke arah yang dimaksudkan. Ainina mula mengangguk apabila menangkap tempat yang dimaksudkan oleh temannya itu.

"Kita lari dari sana,sampai lah hujung Danga Bay ni? Amacam?" cadang Ain.

"Alahh... Jauhnya! Penatlah nanti." Hah! Sampai dah perangai dia. Belum lari lagi dah kata penat. Drama! Drama! Drama! Malas lah tu...

"Dah! Dah! Jangan nak buat cerita tipu. Jom? Mak abah kalau rajin nak lari sama-sama, jom? Kalau rasa tak larat, abah gi dating lah kat area ni. Hehe." Nakal tak habis Ain ni! Abah dan mak hanya menggelengkan kepala melihat telatah anaknya.



"ZAIN, aku tak faham lah kenapa mama aku tu tak habis-habis membebel kat telinga aku ni. Benda yang tak berhenti dia ulang, B.A.C.A.B.U.K.U... Aduh! Penat beb dengar syarahan tak berbayar." Azraai menyatakan perasaannya sambil berlari perlahan di kawasan pantai Danga Bay. Mujur temannya itu memang seorang pendengar yang baik dan memang dah lali mendengar rungutan anak manja Puan Hamidah ni. Zain Azrai hanya ketawa kecil.

"Kau ni... Sikit-sikit mengadu. Manja sangat . Adatlah tu mak ayah membebel. Kalau kau tu dah memang rajin berulit dengan buku, tak ada lah mak kau tu nak membebel. Betul?" Hah! Tu dia. Kena sebijik balik. Azraai dah mula menarik muka empat belas. Ingat kacak sangat lah buat muka merajuk macam tu?

"Kau ni.. Aku tahu kau faham aku kan? Mata aku ni macam di pukau je bila menghadap buku. Macam mana aku nak rajin?" Azraai menggaru kepala. Dia mula memusingkan badannya ke arah Zain dan berlari mengundur.

"Kau ubah lah cara kau belajar. Kalau cara membaca kau bosan, jadikan apa yang kau baca tu sebagai nota-nota kecil yang menarik kau sendiri nak baca. Use your creative mind lah bro!" Tiba-tiba je otak Zain Azrai jadi bernas. Azraai mula bersetuju dengan cadangan itu.

"Apasal kau tak bagi cadangan tu awal-awal? Tak ada lah penat aku tahan telinga aku dengar mak aku tu bercakap non-stop. Lagi satu, kenapa kau suka sangat nak back up mak aku tu. Kau tu kawan aku..." Azraai bercakap tanpa melihat kiri kanan. Zain mendongak melihat ke belakang. Dua orang gadis yang juga sedang berlari ke arah mereka tidak disedari oleh Azraai.

"Azraai... Belakang kau." Zain cuba memberitahu.

"Apa kau ni? Aku tengah bercakap ni dengar lah. Yang kau sibuk cerita pasal benda lain buat apa?" Azraai tidak menghiraukan ingatan Zain.

"Beb! Belakang kau! Watch out!" Bukkk! Ambik kau! Bergegar sekejap kepala otak Azraai bila merasakan dirinya sudah pun rebah ke lantai. Dunia nya gelap sebentar. Eh sekejap! Macam mana aku boleh jatuh?

"Hoi! Aduhai.. Ni makhluk mana pulak yang berjalan tak reti tengok depan? Dah tu rempuh orang sekuat-kuat tak. Kau tahu tak sakit?" Tu dia! Dengar dah suara lantang Ain tak puas hati. Azraai bingit mendengar suara nyaring perempuan itu. Dia serta-merta menoleh ke arah gadis itu.

"Kau?" Azraai mula menunjukkan muka tak puas hati. Balik-balik perempuan ni! Tak ada orang lain ke dalam dunia ni yang aku boleh jumpa?

"Tak habis-habis cari pasal dengan aku. Bosan lah! Yang hari tu pun tak mintak maaf lagi. Hari ni cari pasal lagi. Kumpul lah dosa kau tu banyak-banyak." kata Ain sambil berpeluk tubuh.

"Eh, kau ni! Saja je kena tampar dengan aku kang. Kalau setakat dengan perempuan tak sayang mulut macam kau, tak hingin aku nak mintak maaf. Ada faham?" Azraai memberi kata putus. Dia lantas menoleh kebelakang dan terus beredar dari situ. Zain hanya sempat menyusun sepuluh jari di hadapan Ain dan Ainina sebagai tanda maaf bagi pihak Azraai sebelum dia menyusur Azraai yang telah jauh berjalan.

"Kurang ajar punya budak! Tunggu je nasib malang kau tiba." Ain menoleh kekiri dan kekanan seperti mencari sesuatu. Dia tersenyum apabila dapat mengesan apa yang dia cari. Kaki melangkah menuju ke arah tersebut.

"Weh! Kau nak pergi mana tu?" Ainina terpinga-pinga mengikut langkah Ain dari belakang. Mereka menuju ke arah sebuah gerai menjual air. Ainina sudah mula mengesan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.

"Kak, air milo ais dua?" Ain terus memesan. Lega hati Ainina apabila melihat Ain hanya mahu membeli air. Dua cawan air di hulurkan. Wang bertukar tangan.

"Terima kasih, kak!" Ain melangkah laju ke arah yang sma Azraai dan rakannya bergerak tadi.

"Ain? Mana lagi kau nak pergi tu?" Ainina makin terpinga-pinga. Ah sudah! Tak lain mesti kes balas dendam ni. Si Ain ni bukannya betul! Ain sudah pun berada betul-betul di belakang Azraai.

"Hoi mangkuk!" Ain menarik bahu Azraai dan memusingkan badan lelaki itu. Penutup cawan milo ais tadi dibuka dan air tersebut dicurahkan diatas kepala Azraai. Baju putih nya kini bertukar warna. Zain dan Ainina yang menjadi pemerhati hanya mampu ternganga melihat tindakan berani Ain.

"Yang tu untuk corak abstrak yang kau dah buat kat baju aku dulu" Ain pantas menyepak kuat kaki Azraai.

"Auchh!" Melompat-lompat Azraai menahan sakit.

"Yang tu untuk yang tadi!" Ain melemparkan senyuman sinis dan terus berlalu.

"Tak guna punya perempuan." Azraai hanya mampu melihat gadis itu berlalu. Zain di sebelahnya menutup mulut menahan ketawa. Tu lah. Sombong sangat. Kan dah dapat balasan. Tak pasal-pasal Zain menerima jelingan maut dari Azraai.

"Aku pulak yang kena!" bisik Zain perlahan.

0 comments: