Akhirnya Dihati-Ep.1(Bertemu Dia)

"Aaah! Aduh! Apa ni cium-cium orang hah? Dah gatal sangat ke?!" lantang Ain Aryssa bersuara marah apabila tiba-tiba dia merasa dahinya panas dan melekap kuat dengan bibir pelajar lelaki di hadapannya. Pelanggaran antara mereka menarik perhatian pelajar-pelajar yang berada di situ. Hampir semua mata yang berada di kantin tersebut memandang ke arahnya sambil tersenyum-senyum. Pipinya mula terasa panas kerana malu.

"Eh! Boleh sopan sikit tak wahai cik adik? Bukan aku sengaja pun. Kau tu berjalan tak pandang depan kenapa? Gelojoh betul." balas pelajar lelaki tersebut dengan nada suara paling sopan. Berdesing juga telinganya mendengar kata-kata pelajar perempuan di hadapannya itu tadi.

"Hey! Aku punya suka lah jalan nak pandang mana pun. Apa kau nak sibuk? Aku nak kau minta maaf dengan aku sekarang jugak." air muka Ain berubah menjadi garang dan dia mula bercekak pinggang. Dia tegas dengan keputusannya.

'Ganasnya budak perempuan ni. Tak sangka pulak dia berani bulatkan matanya depan aku. Belum pernah lagi mana-mana perempuan yang berani marah aku. Nampaknya budak ni tak kenal siapa Ahmad Zakry Azraai. Memang siap lah lepas ni kau kena dengan aku.' Azraai bercakap sendiri dalam hati sambil memberikan senyuman sinis ke arah gadis itu.

"Kenapa pulak aku yang kena minta maaf? Bukan salah aku pun. Kau yang toleh belakang tak bagi warning." balas Azraai tidak mahu mengalah. Dia mula mencari pasal sambil berpeluk tubuh. Senyuman sinisnya masih di bibir.

'Budak ni baru masuk sini kalau tak silap aku. Berani dia cabar aku.' hati Ain mula berbisik.

"Look here. Memandangkan aku ada banyak kerja yang nak diselesaikan,aku tak nak bazirkan masa aku semata-mata untuk bertekak dengan orang macam kau. Setelah kau jadikan baju aku penuh corak abstrak dengan kuah mi kari kau tu,kau cuma perlu minta maaf dan aku akan pergi dari sini." balas Ain cuba bersabar. Tanpa Azraai sedari,dia mula ralit merenung wajah gadis yang sedang marah itu. Lembut hatinya memerhatikan ciptaan Ilahi di hadapannya.

'Aik? Kenapa mamat ni tak bagi apa-apa respon? Siap tenung aku lagi. Aku cakap dengan meja ke tadi?' hati Ain bertanya pelik.

"Hoi!!" sergah Ain apabila pelajar lelaki itu tidak berhenti merenungnya. Naik bulu romanya melihat gelagat lelaki itu.

"Mak kau!" Azraai melatah. Terkejut beruk lelaki itu kerana disergah. Azraai mengurut perlahan dadanya. Terasa melayang sekejap semangatnya. Pelajar-pelajar lain mula ketawa. Merah padam wajahnya apabila tersedar akan perbuatannya tadi. Perasaan malu menyerbu dirinya.

"Kau ni pekak ke? Tak reti-reti nak jalankan tugas kau? Aku dah penat tunggu ni. " Ain menuntut.

"Jangan harap!" Azraai tetap tidak mahu mengalah. Dia mencapai secawan air sirap yang dibelinya tadi. Separuh daripada air tersebut diminum dan separuh lagi dituang atas kepala gadis itu sebelum terus berlalu pergi dari situ. Ain menjerit kerana kesejukan. Sudahlah bajunya sudah dipenuhi kuah mi kari tadi. Kini tudungnya pula bertukar warna merah jambu apabila air sirap itu meresap. Terbakar hati Ain dengan perbuatan lelaki bernama Zakry Azraai itu. (diketahui melalui tanda nama di kocek baju pelajar tersebut.)

"Kau tunggu lah nasib kau nanti!" Ain menjerit memberi amaran. Dia perlu segera menyalin pakaiannya sebelum bau kuah kari tadi melekat di badannya pula. Mujur dia membawa sepersalinan pakaian sukan untuk latihan sukan disebelah petang nanti. Kakinya melangkah menuju ke kelas. Malu dan sakit hatinya perlu dibalas. Dalam diam,Ain mula menyulam dendam.

Comments

  1. ish..
    awl2 citer da cium2..
    hahahaha..
    nk n3 yg ade nbme aq..
    hehehehehe
    cpt3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Akhirnya Dihati Ep.4(Bala Dah Sampai!)

Akhirnya Dihati-Ep.2(Bayangan)